KOLEKSI TERKINI PSS

MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT

LOKASI BUKU : RAK 200

PENGENALAN BUKU : MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT membincangkan rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah. 
Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan. ini dapat dicapai melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah.

SELAMAT MEMBACA :-)



SIFAT 20

LOKASI BUKU : RAK 200
PENGENALAN BUKU : SIFAT 20 disusun untuk memberikan panduan kepada kaum muslimin dalam memahami sifat dan keagungan Allah SWT. Membina akidah yang teguh agar terhunjam dalam nurani supaya berkeyakinan henya kepada Allah semata. Menjauhi sifat musyrik yang akan memusnahkan segala aspek kehidupan sehingga menerima balasan dahsyat di dalam neraka. Dengan memahami sifat-sifat Allah ini diharapkan, terpancarlah dalam diri umat Islam rasa bangga menegakkan kalimah kebenaran dan membesarkan keagunganNya.

SELAMAT MEMBACA :-) 


MISTERI KEAJAIBAN DUNIA

LOKASI BUKU : RAK 200
PENGENALAN BUKU : MISTERI KEAJAIBAN DUNIA menyajikan banyak hal yang dipandang luar biasa, aneh dan menyimpang daripada pola umum dengan fakta-fakta ilmiahnya. Buku ini dapat membuka belenggu yang ada dalam fikiran dan hati, sehingga kita lebih yakin akan kebesaran Allah S.W.T
Kisah-kisah daripada sebesar bintang hingga kepada sekecil mikroorganisma. Semuanya diungkap dengan teliti, bercerita berkenaan kebesaran Allah S.W.T . Sehingga perkara yang sering kita pandang pun sebenarnya ada rahsia di dalamnya, cuma kita sahaja yang tidak pernah tahu

SELAMAT MEMBACA :-)


 










CIRI EKSKLUSIF  :

  • Mengandungi pelbagai bahan grafik berwarna & menarik minat yang dirancang secara sistematik untuk mempertingkatkan tahap pemahaman pelajar
  • Disertakan pelbagai contoh dari seluruh pelosok dunia untuk tujuan perbandingan dengan keadaan & situasi di Malaysia
  • Laman Info & Laman IT disediakan untuk maklumat tambahan

No comments:

Post a Comment