Buku lama adalah buku baru bagi mereka yang belum membacanya ~Samuel Butler~
Saturday, 5 September 2015
SUDUT ANAK MERDEKA
Monday, 15 June 2015
10 warming up menuju Ramadhan
Marhaban ya syahral Ramadhan. Bulan yang penuh berkah. Mari kita siapkan fizikal dan hati untuk menyambut kedatangannya.
Sahabat yang dirahmati Allah, mari kita sambut Ramadhan dengan penuh sukacita. Sebagaimana sabda Rasulullah saw. dalam salah satu khutbah baginda menyambut Ramadhan:
“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.”
Wednesday, 10 June 2015
Sunday, 24 May 2015
Sudut Bacaan Permulaan
Buku Fiksyen Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris disediakan untuk murid-murid menengah rendah yang belum lancar membaca.
Buku di bahagian ini adalah berbentuk tulisan besar & dilengkapi dengan gambar yang berwarna-warni.
Monday, 18 May 2015
Salam 1 Syaaban
Alhamdulillah
Salam Syaaban :)
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud;
"Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.
Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa & Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)
Tuesday, 5 May 2015
PUBLIC SPEAKING COMPETITION
Good Luck adik Muhammad Ali Imran Bin Aziz. Peserta yang mewakili SMK Parit Panjang.
Public Speaking Competition
Daerah Baling Sik
Sunday, 12 April 2015
SUDUT ALMANAK
Sudut Almanak merupakan sebuah terbitan tahunan yang berbentuk informasi dahulu mahupun terkini & perkara-perkara sejarah berkaitan bidang-bidang tertentu.
Maklumat atau perkara yang ingin disampaikan dalam sesebuah terbitan Almanak ini disusun mengikut turutan kalendar. Sesuatu peristiwa di susun mengikut turutan tarikh & bulan namun berlainan tahun.
Contohnya:
Pada 1 Januari...
Tahun 1767 : peristiwa tenggelamnya kapal VOC Risdam.
Dan....
Pada tahun 1924 : peristiwa tentang perasmian kereta api di Bukit Bendera.
Almanak ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kita. Pelbagai maklumat/peristiwa penting yang berlaku di dalam atau luar Malaysia dapat kita ketahui.
Jom Baca :-)
Friday, 10 April 2015
Thursday, 9 April 2015
BENGKEL PENGKATALOGAN & PENGKELASAN
Alhamdulillah...
Perkongsian program Ilmu di pagi Jumaat.
Moga mendapat tambahan ilmu yang bermanfaat.
Info Nilam & PSS
Alhamdulillah...
Siap akhirnya info berkaitan NILAM & PSS ni.
In Syaa Allah...dalam masa terdekat akan diedarkan kesetiap kelas untuk dijadikan rujukan murid dan guru.
Wednesday, 8 April 2015
Tuesday, 7 April 2015
Menanam sikap Minat Membaca
Tahniah adik-adikku...
Bangga lihat murid-murid tingkatan 1 yang sudah menunjukkan minat membaca buku.
Semoga minat membaca ini kekal subur dalam diri kalian hingga dewasa nanti :-)
Adik Ikhwan & Hafizul dari Ting 1C, peminjam buku terbanyak untuk permulaan awal tahun ini.
Saturday, 4 April 2015
Monday, 30 March 2015
MENUNTUT ILMU ADALAH KEWAJIPAN SEORANG ISLANLM
Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dimulai dengan kalimah Iqra' yang bermaksud bacalah.
Hal yang demikian menunjukkan bahawa Islam menyuruh umatnya membaca kerana melalui pembacaan, sesuatu ilmu itu diperolehi.
Ayat ini juga bertujuan menyuruh umat Islam mencari ilmu kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Tanpa ilmu suatu urusan akan hancur berkecai dan mendapat penghinaan Allah SWT seperti dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW; Maksud
"Apabila sesuatu perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak berilmu) maka tunggulah saat kehancurannya"
Petikan dari; Buku Akhlak Pelajar Cemerlang.
Sumber : Buku - Akhlak Pelajar Cemerlang -
Saturday, 28 March 2015
Oh My English
Panduan mudah untuk mereka yang ingin mahirkan penggunaan bahasa inggeris.
Jom belajar bahasa Inggeris :-)
Lokasi buku : Rak 400 (B.Inggeris)
Wednesday, 25 March 2015
Tuesday, 24 March 2015
MESTI BACA!!!
Sebuah buku yang HARUS dibaca oleh semua anak-anak sama ada tua atau muda, miskin atau kaya; kerana masalah pengabaian terhadap kewajipan kepada ibu bapa ini sudah berleluasa & menjadi wabak yang sukar dibendung dalam masyarakat moden yang lebih mementingkan materialistik.
Hanya anak yang soleh sahaja yang memahami kewajipan terhadap ibu bapa dan mampu untuk melaksanakan kewajipan tersebut.
Jom Baca :-)
Lokasi buku : Rak 200
Menghormati Buku!!!
Assalamualaikum sahabat :-)
Tahukah anda,
Musa Al-Almawi pernah memberi nasihat...
"Buku tidak boleh dijadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa"
"Buku tidak boleh dijadikan bantal, dijadikan kipas, sandaran punggung atau alas berbaring, atau digunakan untuk membunuh lalat"
"Untuk menandakan halaman yang sedang dibaca, pinggir atau sudut halaman buku tidak boleh dilipat; untuk penanda bacaan harus digunakan selembar kertas atau yang serupa itu, tetapi tidak boleh daripada potongan kayu atau apa-apa pun yang dibuat daripada bahan yang keras"
; Rupanya Al-Almawi telah menjangkakan tabiat buruk sebahagian kita
♥ Buku dihormati buka kerana fizikalnya tetapi isi dalamnya yang mencerdaskan umat manusia.
: sumber : Buku Resepi Kejayaan untuk Pustakawan
Monday, 23 March 2015
ALMANAK
SIRI ALMANAK SEJARAH 1 & SEJARAH 2
ALMANAK SEJARAH 1 & 2 merupakan himpunan segala tarikh dan peristiwa yang bersejarah bagi Malaysia.
Bahan Almanak sesuai dijadikan bahan tambahan bagi memperkayakan ilmu & pengetahuan tentang peristiwa bersejarah yang berlaku di Malaysia.
Diterbitkan juga peristiwa-peristiwa yang pernah menggemparkan negara, antaranya peristiwa MH370, Pembunuhan J.W.W Birch di pasir salak dan pelbagai peristiwa bersejarah yang lain.
Jom baca :-)
Lokasi : Sudut Almanak Pusat Sumber Darul Hikmah
Sunday, 22 March 2015
PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT ZON KUALA KETIL
Alhamdulillah SMKPP menjadi tuan rumah bagi pertandingan catur peringkat Zon Kuala Ketil 2015.
Semoga berjaya anak-anak semua :-)
Tuesday, 17 March 2015
Orang Tua dan Kehidupan
Kepahitan sudah di genggamannya
ia sudah isikan piala hidupnya
sama titik-titik derita
orang tua dan kehidupan
di puncak usianya
tiada ragam pintanya.
Kemanisan tiada bakal mempesona
sudah lama ia mengerti
tari dansa hati-hati
orang tua sama diari kehidupan
dengan hati mengenal erti
seperti lampu malam
membakar diri.
; KUMPULAN PUISI-PUISI KEMALA
Monday, 16 March 2015
Ibu, Ayah...REDHAILAH HIDUPKU
Rasulullah s.a.w pernah berpesan bahawa redha ALLAH itu terletak pada redha ayah dan ibu. Pesanan itu membawa kepada pengertian yang cukup besar. Bahawa walau siapa pun kita, dikedudukan mana pun kita berada tetapi kedua ibu ayah tetap punya keutamaan di hati...
Untuk bacaan lanjut...bacalah buku TUHAN SEDANG MENGUJI KITA karya USTAZ KAZIM ELIAS.
Tajuk : Tuhan sedang menguji kita (BEST SELLER)
Lokasi buku : Rak 200 (Pss Darul Hikmah)
Sunday, 15 March 2015
Minggu Cuti Sekolah
Cuti sekolah ni apa agaknya aktiviti anak-anak murid semua ea???
Walau di mana kalian berada...luangkan sedikit masa dengan aktiviti membaca / menambah ilmu...membaca tidak hanya di perpustakaan...
TAHNIAH pada mereka yang telah membuat pinjaman buku untuk dibaca sepanjang cuti persekolahan ini ;-)
Wednesday, 11 March 2015
DARI MATA TURUN KE HATI ♥
Alhamdulillah...penambahan bagi bahan bacaan di PSS SMKPP...
Pelbagai topik yang MENCELIKKAN MATA & JIWA pembaca...
Koleksi buku hasil nukilan Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad yang pasti memberikan inspirasi baru dalam hidup kita.
Tuesday, 10 March 2015
Wajib baca!!!
Buku CABARAN MEMBINA INTEGRITI DIRI diterbitkan bagi menyedarkan & membimbing remaja bagi menangani cabaran yang dihadapi dalam kehidupan.
Buku ini memberi fokus kepada isu yang berkait rapat dengan kehidupan remaja seperti :
; tipisnya pegangan agama
; sumbang mahram
; rasuah, disiplin
; pergaulan bebas
Buku ini juga dipaparkan dengan kaedah yang lebih santai di mana sidang pengarang menampilkan isu-isu penting melalui teks, peta i-Think, gambar, carta, dialog & puisi.
Untuk bacaan lanjut...rujuk pusat sumber Darul Hikmah.
Selamat Membaca ;-)
Jom mantapkan karangan anda!!!
SEPERTI DURI DALAM DAGING
: Sesuatu hal yang menyakitkan hati dan selalu teringat di dalam hati
SEPERTI HARIMAU BERANAK KECIL
: Keadaan seseorang yang sangat bengis dan garang
UMPAMA BURUNG DALAM SANGKAR, MATA TERLEPAS, BADAN TERKURUNG
: Orang yang tidak mempunyai kebebasan, walaupon dijaga dengan baik
Untuk melihat lebih banyak contoh peribahasa yang merangkumi SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN, PEPATAH, BIDALAN, KIASAN atau KATA-KATA HIKMAT, para pelajar boleh merujuk buku PERIBAHASA DALAM KARANGAN BAHASA MALAYSIA.
JUDUL BUKU : Peribahasa Dalam Karangan Bahasa Malaysia
Penerbit : Ilmu Bakti Sdn Bhd
Pengarang : Alias Bin Haji Muda
Lokasi Buku : Rak 400
Monday, 9 March 2015
Makluman Taklimat : Bangkel iQ-PSS/NILAM
Bengkel iQ-PSS/NILAM & Mesyuarat Pengurusan Guru PSS / GPM 1/2015 PKG Kuala Pegang
Tarikh : 11 Mac 2015
Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang
★ Bengkel pengisian data atas talian (iQ-PSS & i-NILAM) 2015
★ Mesyuarat Pengurusan Guru Media / Guru PSS 1/2015